Pembuat Ribbon Pilihan Malaysia
ADAM BROS ialah pembuat ribbon ekslusif untuk jenama di Malaysia.
Ribbon Untuk Hari Raya!
Jenis Fabrik Ribbon
Satin Polyester
Ribbon ini diperbuat dari serat sintetik polyester. Tekstur polyester ini lebih halus dan berkilat. Tidak mudah kusut dan senang diluruskan. Kebiasannya digunakan untuk membalut hadiah, dekorasi, aksesori pakaian, tali medal, lanyard dan lain-lain.
Grosgrain
Grosgrain diperbuat dari serat sintetik polyester. Teksturnya timbul dengan garis melintang yang unik. Grosgrain lebih tahan lama kerana benang melintang memberikan daya tahan yang lebih baik. Garis melintang yang unik menjadikan ia tampak lebih mewah dan ekslusif.
Jenis Pencetakan
Pencetakan Biasa
Pencetakan ini menggunakan kaedah silk screen dimana design akan ditekap di permukaan ribbon, kemudian dicetak terus dengan warna pilihan anda.
Pencetakan Emboss
Efek cetakan timbul pada ribbon ialah ciri khas yang ada pada pencetakan emboss. Efek timbul ini selalu menjadi pilihan pelanggan yang mengutamakan penampilan pada produk mereka.
Pencetakan Digital
Pencetakan digital menggunakan printer khas yang mampu mencetak warna dan design anda secara terus ke atas permukaan ribbon. Pencetakan ini sesuai untuk design yang kompleks.
Pencetakan Flat Stamping
Flat stamping ialah kaedah pencetakan yang menggunakan mesin pemanas dari kertas transfer khas, ditekap terus ke atas permukaan ribbon. Ia mempunyai efek khas berkilat dan warna adalah mengikut pilihan anda sendiri.
Anda ada sebarang pertanyaan?
Sila klik butang di bawah sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut berkenaan ribbon dan lain-lain.